Top Ad unit 728 × 90

最新消息

random

LAPORAN KEMPEN MEMBACA S.J.K.(C) PUI YING - GOOI YEE ZHE (6H/2014)


Persatuan Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pui Ying telah mengadakan Kempen Membaca pada 5 Mei 2014 di dewan sekolah.

Tujuan Kempen Membaca ini diadakan adalah untuk memupuk minat membca dalam kalangan murid dan memperkenalkan buku yang baik kepada semua murid. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru.

Pada pukul 7.30 pagi, semua murid Tahap II berkumpul di dewan sekolah. Pada pukukl 7.45 pagi, Guru Besar, Puan Tei Sew Hong menyampaikanucapan kepada murid-murid supaya banyak membaca kerana membaca itu kunci kejayaan. Selepas itu, Kempen Membaca telah dilancarkan secara rasmi.

Semua murid telah menerima tiga buah buku cerita yang berlainan bahasa, iaitu Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris. Setelah habis membaca ketiga-tiga buah buku cerita tersebut, murid-murid diminta bertukar-tukar buku cerita dengan kawan-kawan yang lain. Aktiviti ini berlangsung selama dua jam.

Selepas itu, berehat selama 20 minit, Persatuan Bahasa Cina telah menjemput seorang penulis terkenal, iaitu Encik Khoor You Bin hadir ke majlis pelancaran Kempen Membaca. Beliau maenyampaikan ceramah kepada murid-murid tentang faedah membaca. Beliau turut memperkenalkan buku novel yang mereka beli itu mendapat tandatangan daripada Encik Khoor.

Setelah itu, semua murid diberi sehelai kertas kosong. Mereka diminta menulis sebuah cerita karya sendiri lalu menceritakan di atas pentas. Encik Khoor telah diminta menjadi hakim untuk memilih pemenang karya cerita terbaik. Pemenang yang dipilih akan menerima hadiah berbentuk sehelai baju T dan sebuah buku nota yang cantik. Akhirnya, Steven Lee Hoo Meng dari kelas 6H telah diumumkan sebagai pemenang hadiah berkenaan. Encik Khoor menyampaikan hadiah kepada pemenang. Sebagai tanda penghargaan kepada Encik Khoor, Guru Besar telah menyampaikan cenderahati kapada beliau sebelum Encik Khoor Pulang.

Pada pukul 1.00 petang, majlis pelancaran Kempen Membaca tamat. Semua murid mengambil gambar bersama-sama penulis terkenal jemputan. Kempen Membaca ini berjalan dengan lancar dan diharap akan terus diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang.
LAPORAN KEMPEN MEMBACA S.J.K.(C) PUI YING - GOOI YEE ZHE (6H/2014) Reviewed by SJKC Pui Ying, Klang on 00:24 Rating: 5

没有评论:

注意:只有此博客的成员才能发布评论。

All Rights Reserved by SJK(C) PUI YING, KLANG © 2014 - 2015
Designed by JOJOThemes

联系人表单

名称

电子邮件 *

消息 *

Blogger 提供支持.