Top Ad unit 728 × 90

最新消息

random

MAJLIS HARI JADI - NUR HIDAYAH (5M/2014)


Pada 7 Jun 2014 ialah hari jadi saya yang ke-11. Ibu dan bapa bersetuju untuk meraikan hari jadi saya. Seminggu sebelum hari jadi saya, saya telah mereka kad jemputan hari jadi saya untuk diedarkan kepada kawan-kawan saya.

Pada pagi hari jadi saya, saya menemani ibu ke kedai kek untuk membeli kek hari jadi, belon dan topi hari jadi. Selepas kami membeli barang keperluan itu, kami pun pulang ke rumah.

Kemudian, kakak menolong ibu menyediakan pelbagai makanan antaranya termasuklah puding, nasi goreng, mee goreng, sosej, nugget dan banyak lagi. Ayah pula mengikat belon di ruang tamu manakala adik bertugas meniup belon untuk diberikan kepada ayah. Saya pula mengemas rumah supaya kelihatan bersih dan ceria.

Selepas kesemuanya telah siap, kawan-kawan saya telah datang ke rumah. Mereka datang untuk meraikan hari jadi saya bersama-sama. Sebelum sambutan hari jadi saya bermula, saya dan kawan-kawan saya berbual-bual dengan gembira. Mereka telah memberikan hadiah kepada saya.

Pada pukul 8.00 malam, sambutan hari jadi saya telah pun bermula. Mula-mula, kawan-kawan saya dan ahli keluarga saya menyanyikan lagu hari jadi untuk saya. Kemudian, saya membuat hajat lalu meniup api lilin. Selepas meniup api lilin, saya memotong kek hari jadi untuk kawan-kawan saya dan ahli keluarga saya. Kami menikmati juadah yang kakak dan ibu hidangkan.

Setengah jam kemudian, saya dan kawan-kawan saya bermain pelbagai permainan. Antaranya termasuklah permainan batu seremban, congkak, menyanyi sambil merebut kerusi dan sebagainya.

Selepas bermain, saya telah mengadakan pertandingan. Pertandingan itu termasuklah bercerita tentang hantu dan melukis. Selepas pertandingan, saya mengumumkan pemenang kepada semua orang. Pemenang bercerita tentang hantu ialah Tzyy Shuang manakala pemenang melukis ialah Suet Ni. Kami memberikan tepukan gemuruh kepada mereka. Kami berasa amat gembira bagi pihak mereka berdua.

Pada pukul 11 malam, para jemputan pun pulang ke rumah masing-masing. Saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi menghadiri jamuan hari jadi saya ini. Saya juga berterima kasih kepada ahli keluarga kerana menjayakan sambutan hari jadi ini dengan meriah.

Saya berharap agar ibu bapa dapat membenarkan saya mengadakan jamuan hari jadi saya lagi pada tahun hadapan.

MAJLIS HARI JADI - NUR HIDAYAH (5M/2014) Reviewed by SJKC Pui Ying, Klang on 23:50 Rating: 5

没有评论:

注意:只有此博客的成员才能发布评论。

All Rights Reserved by SJK(C) PUI YING, KLANG © 2014 - 2015
Designed by JOJOThemes

联系人表单

名称

电子邮件 *

消息 *

Blogger 提供支持.