PENGALAMAN YANG PALING MENGGEMBIRAKAN - LEE SIN YUE (6H/2014)
Setiap orang mempunyai pengalaman yang menggembirakan dalam hidup masing-masing. Saya juga ada pengalaman yang paling menggembirakan dalam kenang-kenangan saya.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Pulau Langkawi dengan menaiki bot laju. Setibanya di sana, angina bertiup sepoi-sepoi bahasa, pokok kelapa melambai-lambaikan tangan umpama menyambut tetamu. Kami berasa amay gembira.
Selepas itu, pemandu pelancong membawa kami ke Hotel Sri Malaysia. Dalam hotel itu terdapat banyak seni bina yang berunsur kebudayaan melayu. Kemudian, pemandu pelancong membawa kami ke Muzium Mahsuri. Dalam Muzium Mahsuri terdapat banyak barang peninggalan bersejarah. Bukan itu sahaja dalam muzium itu juga terdapat makam Mahsuri dan banyak tempat yang menarik. Menurut kata-kata orang tempatan, pulau ini telah disumpah oleh Mahsuri.
Seterusnya, pemandu pelancong membawa kami ke Under Water world. Dalam perjalanan, kami berbual-bual tentang Pulau Langkawi . Setibanya di sana, seorang pengurus yang ramah mesra menyambut kedatangan kami di pintu masuk dengan tangan terbuka. Beliau memberi penerangan tentang haiwan air laut.
Keesokan harinya, kami berkemas untuk balik ke rumah. Sebelum balik, pemandu pelancong membawa kami ke kedai cenderamata untuk membeli gelang, kunci, magnet, baju dan sebagainya untuk dijadikan kenang-kenangan. Setelah siap membeli, kami pun balik.
Inilah pengalaman saya yang paling menggembirakan. Saya berharap agar berpeluang ke Pulau Langkawi lagi setelah tamat Peperiksaan UPSR nanti.
LEE SIN YUE (6H/2014)
PENGALAMAN YANG PALING MENGGEMBIRAKAN - LEE SIN YUE (6H/2014)
Reviewed by SJKC Pui Ying, Klang
on
00:17
Rating:
没有评论:
注意:只有此博客的成员才能发布评论。